Friday, February 4, 2011

Kemahiran Variasi Rangsangan

KEMAHIRAN VARIASI RANSANGAN.

1.0 OBJEKTIF.

Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami :

· Prinsip-prinsip penggunaan variasi rangsangan.

· Objektif penggunaan variasi ransangan.

· Kesan penggunaan variasi ransangan ke atas pengajaran pembelajaran.

· Komponen kemahiran variasi ransangan.

. Cara Pengendalian pengajaran Mikro

2.0 VARIASI RANSANGAN.

· Merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar dalam aktiviti pengajarannya.

· Dalam proses p & p masa tumpuan pelajar adalah singkat. Mereka akan

hilang minat jika aktiviti tidak dipelbagaikan.

· Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkah

laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar

corak interaksi antara guru dan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan

teknik mengajar.


3.0 PRINSIP PENGUNAAN VARIASI RANSANGAN.

· Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru haruslah dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran. Ianya mesti mempunyai perkaitan dengan matlamat am dan kandungan pelajaran yang hendak disampaikan.

· Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkah-langkah penyampaian diantara satu sama lain.

· Penggunaan alat bantu mengajar untuk mempelbagai pengalihan saluran deria harus dirancang dan disampaikan dengan teknik yang berkesan.

· Setiap langkah penyampaian harus mengandungi aktiviti yang berbeza. Jika masa pemyampaian sesuatu langkah mengajar melebihi 5 minit, corak aktiviti pengajaran harus dipelbagaikan.

· Guru harus mengubah rangsangan berdasarkan maklum balas yang didapati daripada pelajarnya.


4.0 OBJEKTIF PENGGUNAAN VARIASI RANSANGAN.

· Memusatkan perhatian pelajar & mengekalkan perhatian mereka terhadap pengajaran guru.

· Melibatkan pelajar secara aktif dalam berbagai pengalaman baru dalam pembelajaran.

· Memberi peluang kepada pelajar menggunakan berbagai saluran deria untuk memperoleh ilmu.

· Memotivasi dan membangkitkan naluri ingin tahu melalui pelbagai aktiviti pengajaran guru.

· Memberi peluang kepada pelajar menikmati pelbagai aktiviti yang dijalankan.

· Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif dan seronok.

5.0 KESAN PENGGUNAAN VARIASI RANSANGAN KE ATAS

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

· Aktiviti P & P akan menjadi lebih seronok & menarik. Kanak-kanak lebih

ceria dan seronok untuk belajar. P&P menjadi lebih bermakna dan berjaya

meninggalkan kesan yang mendalam.

· Minat & perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktiviti

pengajaran guru. Mereka akan dapat memahami bahan konsep pengajaran

guru dengan lebih baik lagi.

· Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan & mereka berusaha melibatkan

diri secara aktif. Contohnya melukis, melabel, memain peranan dan

sebagainya.

· Pelajar berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk mempelajari

sesuatu. Guru akan melakukan pergerakkan badan dan ini akan meneguhkan

P&P.

· Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Dengan bantuan

ABM yang sesuai dapat merangsangkan P&P kanak-kanak.

· Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar menumpukan sepenuh

perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.

6.0 KOMPONEN KEMAHIRAN VARIASI RANSANGAN.

Kemahiran variasi rangsangan mengandungi 6 komponen.

· Komponen perubahan pergerakan langkah guru.

Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan semasa mengajar. Ia perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak mengganggu P&P dan tumpuan kanak-kanak.

· Komponen perubahan pergerakan anggota guru.

Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota badan yang baru contohnya tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian.

· Komponen perubahan nada suara guru.

Guru tidak hanya menggunakan suara yang mendatar tetapi perlu mengubah nada suara mengikut kepentingan bahan pengajaran.

· Komponen perubahan fokus deria pelajar.

Perhatian kanak-kanak akan berubah apabila guru mengubah cara mengajar dengan menggunakan ABM.

· Komponen perubahan bentuk lisan pelajar.

Kanak-kanak boleh dilibatkan secara lisan contohnya penggunaan bahasa.

· Komponen perubahan bentuk fizikal pelajar.

Perubahan bentuk fizikal pelajar seperti lakonan, menulis, dan simulasi.


7.0 AKTIVITI-AKTIVITI VARIASI RANGSANGAN DENGAN KOMPONEN-KOMPONENNYA


8.0 CARA PENGENDALIAN PENGAJARAN MIKRO.

· Guru pelatih yang memilih kemahiran variasi rangsangan harus merancang satu aktiviti pengajaran dengan berbagai-bagai aktiviti rangsangan.

· Semasa menjalani sesi pengajaran mikro, tumpuan haruslah diberikan kepada 3 komponen yang berasaskan kepada perubahan tingkah laku guru dan 3 komponen yang berasaskan kepada perubahan tingkah laku pelajar.

· Gunakan borang kemahiran variasi rangsangan sebagai aktiviti penilaian antara pensyarah dan guru-guru pelatih yang terlibat.



9.0 BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN

Tandakan (/) dalam ruang yang berkenaan apabila perubahan tingkah laku guru dan murid dapat diperhatikan.

Komponen

30 saat bagi tiap-tiap ruang

Kemahiran

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

Pergerakan langkah guru yang sesuai

Pergerakan anggota guru yang berpatutan

Perubahan nada guru dalam pertuturan

Perubahan fokus deria pelajar

Perubahan bentuk lisan pelajar

Perubahan bentuk fizikal pelajar

Tandakan ( / ) dalam ruang yang berkenaan apabila perubahan tingkah laku guru dan murid dapat diperhatikan.


10.0 SOALAN- SOALAN KEFAHAMAN

1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN VARIASI RANGSANGAN?

2. NYATAKAN KOMPONEN-KOMPONEN VARIASI RANGSANGAN

3. NYATAKAN AKTIVITI-AKTIVITI VARIASI RANGSANGAN DENGAN

KOMPONEN-KOMPONENNYA.

2 comments:

  1. salam cikgu, rujukan ambil dimana ya?

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera cikgu. Boleh saya tahu rujukan diambil dari mana?

    ReplyDelete