1.0 OBJEKTIF
1.1. Prinsip-prinsip panduan penggunaan kemahiran Pengukuhan (peneguhan).
1.2. Objektif-objektif kemahiran pengukuhan (peneguhan)
1.3. Kesan kemahiran pengukuhan (peneguhan) ke atas pengajaran
Pembelajaran
1.4. Komponan- komponan kemahiran pengukuhan (peneguhan).
1.0 KEMAHIRAN PENGUKUHAN.
1.1 Merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila pelajar memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasinya dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru memberikan pujian sebagai pengukuhan tingkah laku itu dan menurut Skinner, tingkah laku manusia dibahagi kepada dua :
• Tingkah laku responden – tindak balas terhadap stimuli khusus dari alam sekitar. Pembelajaran secara responden akan wujud selepas satu stimuli baru digunakan bersama-sama stimuli lama.
• Tingkah laku operan – tingkah laku bukan automatik. Merupakan set yang merangkumi contoh-contoh tingkah laku spesifik, beroperasi dan menghasilkan tindak balas yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Boleh di ajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu.
2.2 Peneguhan boleh berupa positif atau negatif. Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Contohnya :
- GURU : Apakah nombor bercampur, Rahman?
- RAHMAN : Nombor bercampur terdiri daripada nombor dan
Pecahan.
- GURU : Bagus
2.3 Selain itu, terdapat juga peneguhan yang boleh menyakiti atau menghindari seseorang individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai, seperti mengejek kesilapan seseorang individu di hadapan orang ramai.contohnya :
- GURU : Apakah pecahan setara, Ali?
- ALI : (tidak menjawab)
- GURU : Ali mungkin sudah lupa bercakap.
2.4 Peneguhan tersebut yang digunakan oleh guru tidak akan mengubah sikap Ali. Sebaliknya, ia akan menambah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan itu pada masa depan.
2.5 Peneguhan boleh diberi dengan cara lisan, gerak isyarat, dampingan, sentuhan dan sebagainya.
2.0 PRINSIP-PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN
PENGUKUHAN (PENEGUHAN)
3.1 Bentuk pengukuhan haruslah diubah dari semasa ke semasa untuk
mengekalkan keberkesanan pengukuhan.
3.2 Peneguhan haruslah diberikan sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku
yang positif.
3.3 Peneguhan negatif seperti mengkritik atau menyindir pelajar haruslah
dielakkan.
3.4 Teknik memberi peneguhan hendaklah sepadan dengan umur, jantina dan
status sosial pelajar yang berkenaan.
3.5 Peneguhan haruslah diberikan dengan ikhlas dan jujur supaya pelajar yang
menerima pengukuhan itu merasa bangga dan mesra.
4.0. OBJEKTIF-OBJEKTIF KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN)
4.1 Memberi galakan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
4.2 Mengukuhkan konsep atau isi supaya kekal dalam ingatan.
4.3 Menggalakkan pelajar yang terlibat serta pelajar-pelajar lain terus
menunjukkan tingkah laku yang positif.
4.4 Memupuk semangat keyakinan untuk pelajar yang mewujudkan tingkah laku
yang positif.
4.5 Membaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif yang timbul.
5.0. KESAN KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN) KE ATAS
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
5.1 Peneguhan akan membawa semangat ingin belajar.
5.2 Pelajar-pelajar akan berusaha memberi tingkah laku yang positif dengan lebih
giat lagi.
5.3 Pelajar-pelajar lain yang belum menerima peneguhan akan berusaha
menunjukkan tingkah laku yang diharapkan.
5.4 Pelajar yang menerima peneguhan akan merasa usahanya telah di hargai oleh
gurunya. Semangat keyakinan terhadap daya pembelajarannya akan
bertambah.
5.5 Perhubungan di antara guru dengan pelajar akan bertambah erat dan mesra.
Aktiviti pengajaran guru akan menjadi satu proses yang digemari oleh pelajar.
6.0 KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN)
Kemahiran pengukuhan mengandungi beberapa komponen yang penting, iaitu komponen lisan – positif, komponen gerak isyarat positif, komponen dampingan, komponen sentuhan, komponen lisan negatif dan komponen gerak isyarat negatif.
7.0 CARA PENGENDALIAN PENGAJARAN MIKRO
7.1 Guru pelatih yang memilih latihan pengukuhan sebagai latihan dalam sesi
pengajaran mikro haruslah memahami semua komponen dan aktiviti pengukuhan yang boleh digunakan apabila memberi pengukuhan kepada tingkah laku positif yang ditimbulkan. Untuk menggalakkan pelajar memberi tingkah laku yang positif, aktiviti pengajaran harus dirancang berdasarkan strategi pemusatan pelajar. Soalan- soalan harus disediakan untuk memberi peluang kepada pelajar menjawab.
8.0 BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PENGUKUHAN ( PENEGUHAN)
Komponen Kemahiran Pengukuhan ( Peneguhan) | Ada (sesuai) | Ada (tidak sesuai) | Tiada |
Lisan positif |
|
|
|
Gerak isyarat positif |
|
|
|
Dampingan |
|
|
|
Sentuhan |
|
|
|
Lisan negatif |
|
|
|
Gerak isyarat negatif |
|
|
|
Tanda ( / ) dalam ruang yang berkenaan |
Terima kasih. Maklumat ini sangat membantu.
ReplyDelete