Friday, February 4, 2011

Kemahiran Menerang dengan Menggunakan Contoh, Ilustrasi dan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran


1.0. OBJEKTIF

Di akhir pengajaran, pelajar dapat mempelajari dan mamahami :

1.1 Prinsip- prinsip panduan penggunaan kemahiran menerang.

1.2 Objektif penggunaan kemahiran menerang.

1.3 Kesan-kesan penggunaan kemahiran menerang ke atas pengajaran- pembelajaran.

1.4 Komponen- komponen kemahiran menerang.

1.5 Cara pengendalian pengajaran mikro.

2.0. KEMAHIRAN MENERANG.

2.1. Kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat perkembangan. Semasa menggunakan kemahiran menerang, guru memberi penerangan kepada pelajar tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran . Misalnya :

2.1.1 Guru menerangkan sifat kata dengan menggunakan beberapa contoh ayat yang mengandungi sifat kata.

2.1.2 Guru menerangkan sambil mendemonstrasikan cara melukis bentuk- bentuk geometri.

2.1.3. Guru menerangkan riwayat hidup seekor katak dengan

menggunakan ilustrasi denagn gambar- gambar.

2.1.4. Guru menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran denagn merujukkan buku teks.

2.2. Dalam peringkat perancangan ini, guru juga boleh menggunakan kapur tulis untuk menulis isi penting pada papan tulis supaya pelajar boeh memahami dan merekodkannya dalam buku nota mereka.


3.0. PRINSIP- PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG

3.1. Untuk menggunakan kemahiran menerang dengan berkesan, guru hendaklah memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut :

3.1.1. Guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran

dengan memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai.

3.1.2 Masa untuk menggunakan kemahiran menerang hendaklah singkat.

Pelajar- pelajar akan merasa bosan jika mereka disuruh duduk

diam untuk mendengar peneragan guru dalam tempoh masa yang

lama.

3.1.3 Untuk mengekalkan minat pelajar terhadap peneragan guru,

kemahiran variasi rangsangan hendaklah digunakan, terutama bagi

penerangan yang memerlukan masa yang melebihi satu minit.

3.1.4 Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerangkan

hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar.

3.1.5 Penerangan haruslah berdasarkan pengetahuan pelajar yang lepas

supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna.

3.1.6 Alat bantu mengajar yang digunakan untuk membantu guru

menerangkan sesuatu isi pelajaran hendaklah sesuai serta

diuruskan dengan teknik yang berkesan.

3.1.7 Selepas aktiviti perancangan, guru hendaklah menggalakkan

pelajar bertanya mana- mana perkara yang mereka kurang faham.

3.1.8 Contoh-contoh, ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan

hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar.

4.0. OBJEKTIF- OBJEKTIF PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG

4.1 Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dengan jelas.

4.2 Memudahkan pelajar memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas.

4.3 Menghuraikan sesuatu proses atau prosedur seperti langkah- langkah

menjalankan satu ujikaji atau menyelesaikan masalah matematik

4.4 Menjelaskan sebab- sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan

kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.


5.0. KESAN- KESAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG KE ATAS

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

5.1 Pelajar- pelajar dapat memahami konsep fakta dan bahan pengajaran guru akan menjadi jelas iaitu isi pelajaran dapat difahami dengan lebih cepat, mudah, tepat dan bermakna.

5.2 Pelajar- pelajar juga dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci dan teratur. Pelajar dapat menaakul sebab musabab berlakunya sesuatu kejadian dengan lebih jelas.

5.3 Pelajar- pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru jika penerangannya menarik dan bermakna. Ini dapat meneguhkan lagi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah.

5.4 Contoh- contoh ilustrasi dan bahan pelajaran bukan sahaja dapat merangsangkan pelbagai deria pelajar, tetapi juga memudahkan kefahaman konsep dengan tepat serta mengukuhkan apa yang diterangkan dalam ingatan mereka.

5.5 Masa aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan kerana pelajar dapat memahami dengan cepat dan ini boleh digunakan untuk menambahkan aktiviti pembelajaran yang lain kepada pelajar.


6.0. KOMPONEN- KOMPONEN KEMAHIRAN MENERANG

6.1 Kemahiran menerang mengandungi empat komponen utama, iaitu :

· komponen aras permulaan ,

· komponen kemahiran ilustrasi,

· komponen penyusunan idea dan

· komponen penutup.

7.0. CARA PENGENDALIAN PENGAJARAN MIKRO

7.1 Guru pelatih yang memilih kemahiran menerang sebagai latihan dalam sesi pengajaran mikro haruslah merujuk kepada prinsip- prinsip panduan sebelum merancang aktiviti pengajarannya. Contoh- contoh dan alat bantu mengajar haruslah disediakan untuk digunakan dalam aktiviti penerangan. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran, guru pelatih yang terlibat harus mematuhi segala kriteria yang telah dihuraikan dalam rajah 7.2

7.2 Untuk menjalankan aktiviti penilaian, pensyarah dan guru- guru pelatih yang terlibat menggunakan borang bimbingan kemahiran menerang seperti berikut :

Rajah 7.2 BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN MENERANG

KOMPONEN DAN KRITERIA KEMAHIRAN MENERANG

YA

TIDAK

TIDAK KELIHATAN


ARAS PERMULAAN (PENERANGAN GURU)

1. Menarik dan mengekalkan perhatian pelajar

2. Sesuai denagn isi pelajaran

3. Membangkitkan kesediaan pelajar untuk belajar

4. Jelas, ringkas, dan tepat





KEMAHIRAN ILUSTRASI (PENGGUNAAN CONTOH/ ILUSTRASI)

  1. Contoh/ ilustrasi pelajaran adalah mencukupi
  2. Contoh/ ilustrasi pelajaran adalah sesuai
  3. Contoh/ ilustrasi pelajaran jelas dan menarik
  4. Contoh ilustrasi pelajaran diuruskan dengan cekap





PENYUSUNAN IDEA (PENGURUSAN KEMAHIRAN MENERANG)

  1. Idea dikembangkan secara teratur
  2. Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas





Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan apabila kriteria kemahiran menerang jelas diperlihatkan atau tidak kelihatan


2 comments: