1.0 Isu-isu yang sering dihadapi oleh pengajaran mikro adalah seperti berikut:
1.1 Masalah kekurangan bilik darjah, ruang dan kelengkapan peralatan yang diperlukan adalah amat ketara dalam beberapa kes. Contohnya untuk mewujudkan situasi sebenar bilik darjah bagi memberi gambaran sebenar kepada mereka serta tiada makmal khas yang dilengkapi dengan peralatan yang sesuai untuk setiap guru pelatih menerima maklumbalas dan melakukan perbincangan yang lebih terbuka dengan pensyarah hasil daripada pengajaran mikro yang mereka lakukan.
1.2 Sesi pelaksanaan pengajaran mikro sebaik-baiknya memerlukan penggunaan alat-alat teknologi pendidikan seperti kamera, perakam video, televisyen, dan lain-lain lagi. Peralatan ini bukan sahaja mahal dan rumit tetapi juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk penjagaan dan penyelenggaraannya.
1.3 Hal-hal pentadbiran seperti penyesuaian masa untuk mengadakan kelas. Pertindihan jadual serta jadual kelas yang padat menyebabkan tiada masa yang sesuai yang boleh dijadikan hari untuk pengajaran mikro. Kurang perancangan dan kepakaran mempengaruhi dalam memastikan kelancaran untuk mengadakan kelas. Mereka terpaksa berkongsi peralatan yang terhad dan semestinya perlu untuk menunggu giliran lebih-lebih lagi jumlah pengguna melebihi nisbah peralatan.
1.4 Masalah-masalah lain seperti personaliti dan sikap turut mempengaruhi pelaksanaan pengajaran mikro. Setiap guru pelatih tidak dapat memotivasikan diri mereka kearah persiapan yang baik bagi memenuhi kehendak matlamat pengajaran mikro kerana kurang peka terhadap kepentingan faedah sebenar pengajaran mikro kepada mereka.
1.5 Guru pelatih berfikiran negatif dan menganggap pengajaran mikro sebagai hiburan dan tidak menganggap ianya sesuatu yang serius kepada mereka kerana mereka seolah-olah bermain sesuatu permainan (lakonan) yang mana akan menyebabkan mereka tidak membuat sebarang persiapan yang memuaskan. Ini akan memberikan kesan yang tidak sihat kepada bakal guru.
No comments:
Post a Comment