Saturday, January 8, 2011

Kemahiran Papan Tulis

KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS.

1.0 OBJEKTIF.

Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami :

1.1. prinsip- prinsip penggunaan papan tulis.

1.2. objektif- objektif penggunaan papan tulis.

1.3. kesan- kesan penggunaan papan tulis.

1.4. komponen- komponen kemahiran penggunaaan papan tulis.

1.5. cara pengendalian pengajaran mikro.

2.0. PENGUNAAN PAPAN TULIS.

· Suatu kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam proses p & p di bilik darjah. Secara tradisi.

2.2 Memerlukan kecekapan guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambarajah ditempat yang sesuai.

2.3 Guru yang menguasai kemahiran penggunaan papan tulis dengan baik bukan sahaja memudahkan pelajar-pelajar membaca dan memahami pengajaran guru dengan tepat tetapi juga dapat menarik mereka mengikuti pelajarannya.


3.0. PRINSIP- PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS.

3.1. Guru harus merancang penggunaan papan tulis lebih awal sesuai dan menarik

perhatian.

3.2 Guru cuba memahirkan diri dalam kemahiran melukis gambarajah.

3.3. Tulisan dan gambarajah hendaklah jelas kelihatan.

3.4. Kapur warna hendaklah digunakan untuk menggambarkan teknik penonjolan atau

penekanan.

3.5. Aktiviti penggunaan hendaklah dipelbagaikan. Selain daripada melukis dan menulis,

boleh digunakan untuk menggantung peta atau gambar-gambar

yang digunakan sebagai alat bantu mengajar.

3.6. Pelajar hendaklah dilibatkan dalam penggunaan seperti menulis jawapan,

melukis carta atau gambar dan menyelesaikan masalah mengikut arahan guru.

3.7. Masa penggunaan hendaklah sepadan dengan aktiviti p & p. Penggunaan

papan tulis yang berlebihan akan membuatkan pelajar merasa bosan.


4.0. OBJEKTIF- OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS.

4.1 Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Kanak-kanak

mudah memahami daripada guru hanya bercakap dengan tanpa menulis.

4.2 Untuk menarik perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang penting. Guru

dapat mengekalkan perhatian pelajar terhadap perkara-perkara penting dalam P&P.

4.3 Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah secara

bersistematik. Kanak-kanak mudah faham kerana guru dapat memberi

penjelasan secara lebih teratur secara satu per satu

4.4 Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru. Selain penggunaan komputer

dan ABM yang lain. Kanak-kanak tidak akan merasa bosan dengan satu aktiviti P&P sahaja.

4.5 Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran murid. Kanak-kanak akan dapat

pengalaman menulis di papan tulis contohnya untuk menjawab soalan.

4.6 Untuk memberi peluang kepada kanak-kanak meniru huruf dari papan tulis. Ini

akan menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir.

5.0. KESAN-KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS.

5.1 Pelajar dapat memahami dengan lebih jelas dan tepat. Mereka akan mengikuti

proses P&P secara satu per satu kerana guru memberi penerangan secara

berperingkat.

5.2 Pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti P&P terutama bagi pelajaran

baru.

5.3 Pelajar dapat mengikuti perkembangan dengan penuh minat kerana penerangan

guru adalah secara mudah dan berperingkat.

5.4 Aktiviti pengajaran guru dapat dipelbagaikan. Contohnya tidak terikat dengan

satu ABM sahaja.

5.5 Pelajar menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru. Guru menulis dengan

jelas, terang dan dibantu dengan proses yang mudah dan tepat. Contohnya untuk

menulis huruf. Ia dilakukan secara langkah demi langkah.

5.6 Aktiviti pembelajaran menjadi lebih menarik. Kanak-kanak boleh terlibat secara

aktif dalam P&P contohnya memberi peluang kepada mereka untuk menulis di

jawapan di papan tulis.

5.7 Konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan dalam ingatan. Mudah

untuk kanak-kanak untuk mengingati apa yang diajar.


6.0. KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS






















*Saiz tulisan yang sesuai.

Kejelasan *Tulisan kemas dan tepat.

*Gambarajah jelas dan ringkas.


Susunan *Pengunaan ruang sesuai dan seimbang.

(Layout) *Susunan dapat dilihat jelas seluruh kelas.

*Nota-nota disusun secara sistematik.

Komponen-

Komponen

Kemahiran Penonjolan *Pengunaan kapur warna yang sesuai.

Penggunaan atau *Penggunaan kapur warna yang menarik.

Papan Tulis Penekanan


Teknik *Berjaya membentuk konsep dengan jelas.

Persembahan *Berjaya memudahkan konsep yang susah.

* Berjaya melibatkan pelajar-pelajar.

*Menggunakan papan tulis dalam masa yang

sesuai.


n


7.0 CARA PENGENDALIAN PENGAJARAN MIKRO.

Guru pelatih yang memilih kemahiran penggunaan papan tulis sebagai latihan dalam sesi pengajaran harus membuat persediaan mengikut prinsip-prinsip yang telah dihuraikan.

Semasa sesi pengajaran mikro guru pelatih hendaklah merujuk kepada teknik-teknik penggunaan papan tulis yang dihuraikan dalam komponen-komponen diatas.

Pensyarah dan guru pelatih yang terlibat dalam aktiviti penilaian boleh menggunakan borang bimbingan seperti yang berikut:

7.1 BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS


Tandakan (/) pada ruang yang berkenaan.

KOMPONEN KEMAHIRAN

YA

TIDAK

SESUAI

TIDAK

KELIHATAN

KEJELASAN

  1. Saiz tulisan sesuai.
  2. Tulisan kemas dan tepat.
  3. Gambarajah jelas dan ringkas




SUSUNAN (LAYOUT)

  1. Penggunaan ruang bagi tulisan atau rajah sesuai dan seimbang.
  2. Susunan jelas dan dapat dilihat oleh seluruh kelas.
  3. Nota-nota disusun secara sistematik.




PENONJOLAN ATAU PENEKANAN

  1. Penggunaan kapur warna sesuai.
  2. Penggunaan kapur warna yang menarik.




TEKNIK PERSEMBAHAN

  1. Berjaya membentuk konsep jelas dan tepat.
  2. Berjaya memudahkan konsep/idea yang kompleks.
  3. Berjaya melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
  4. Menggunakan papan kapur dalam masa yang sesuai




8.0 SOALAN-SOALAN KEFAHAMAN

1. NYATAKAN LIMA PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS.

2. DI ANTARA KESAN-KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS IALAH

A. AKTIVITI PEMBELAJARAN MENJADI LEBIH MENARIK.

B. PELAJAR TIDAK YAKIN TERHADAP PENGAJARAN GURU.

C. AKTIVITI PENGAJARAN TIDAK DAPAT DIPELBAGAIKAN.

D. PELAJAR TIDAK MENGIKUTI PERKEMBANGAN DENGAN PENUH

MINAT.

3. NYATAKAN DAN HURAIKAN KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN

PENGGUNAAN PAPAN TULIS.

1 comment:

  1. boleh tau dap[at rujukan dari mana ye...saya sedang menyiapkan tugasan mikroteaching.

    ReplyDelete