Friday, February 4, 2011

Kemahiran Pemudahcaraan

1.0. OBJEKTIF.

Di akhir pengajaran pelajar dapat mempelajari dan memahami :

1.1. Komponen-komponen kemahiran pemudahcaraan

untuk aktiviti perbincangan.

2.0. KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN

2.1. Merupakan proses yang memudahkan sesuatu tindakan.

2.2. Juga merupakan proses yang menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran agar dapat dijalankan dengan lancar.

2.3. Merupakan kecekapan guru yang berjaya memotivasikan pelajar-pelajar bersedia belajar, membimbing mereka menjalani aktiviti pembelajaran dengan lancar, menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan melicinkan segala proses pembelajaran secara terus menerus tanpa sebarang gangguan atau hentian.

2.4. Guru yang menguasai kemahiran ini ialah guru yang cekap menggunakan kemahiran lisan dan bukan lisan, teknik menyoal serta mempunyai bakat memimpin.

3.0. KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN UNTUK

AKTIVITI PERBINCANGAN

3.1. Kemahiran menentukan struktur perbincangan.

3.2. Teknik memulakan perbincangan.

3.3. Teknik mengawal proses perbincangan.

3.4. Kesan penggunaan kemahiran pemudahcaraan :

a) teknik melibatkan murid-murid menyertai aktiviti

perbincangan

b) kemahiran menggunakan teknik lisan dan bukan

lisan

c) kemahiran menggunakan teknik menyoal.

3.5. Kemahiran mewujudkan suasana kondusif untuk perbincangan.

3.6. Kemahiran membimbing murid-murid merumus dan membuat cadangan.


Rajah 3 BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN

KOMPONEN KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN UNTUK AKTIVITI PERBINCANGAN

Beri Tanda √

Ya

Tidak sesuai

Tidak kelihatan

1. Penentuan struktur perbincangan

a) topik perbincangan sesuai dan mudah difahami

b) tujuan tugas di nyatakan jelas

c) had-had tugas dijelaskan

2. Permulaan perbincangan

a) cara memulakan perbincangan sesuai

b) murid-murid menunjukkan minat menyertai

aktiviti perbincangan

3. Pengawalan proses perbincangan

a) pelajar-pelajar memberi pendapat mereka dalam

jangka masa yang sesuai

b) pelajar-pelajar memberi pendapat masing-masing

mengikut turutan yang sesuai

c) Guru menggunakan kemahiran lisan dan bukan

lisan dengan berkesan

d) Dapat memusatkan perbincangan pelajar

4. Pengekalan suasana perbincangan

a) Menggunakan peneguhan positif yang sesuai

b) menimbulkan suasana yang kondusif untuk

meneruskan perbincangan

c) memberi bantuan apabila pelajar-pelajar

memerlukan

5. Membuat kesimpulan dan cadangan

a) membimbing pelajar-pelajar membuat rumusan


No comments:

Post a Comment