1.0 PERBINCANGAN.
1.1. Tujuan mengadakan sesi pengajaran mikro ialah untuk memberi peluang kepada guru pelatih membina kemahiran pengajarannya yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
1.2. Untuk mencapai tujuan ini, segala kelemahan ,mengajar yang timbul dalam sesi pengajaran mikro harus dikenal pasti serta dibaiki dengan latihan semula.
1.3. Justeru itu, aktiviti penilaian yang dijalankan oleh pensyarah dan sekumpulan guru pelatih memainkan peranan penting dalam membantu guru pelatih yang terlibat dalam latihan pengajaran mikro, agar mencapai perubahan tingkah laku untuk menambah keberkesanan terhadap penguasaan kemahiran mengajar tertentu.
1.4. Peranan pensyarah, melalui aktiviti penilaian dan dalam usaha membantu guru pelatih membaiki kelemahan mengajar ialah :
1.4.1. Menilai aktiviti pengajaran dengan merujuk kepada borang bimbingan.
1.4.2. Mengenal pasti kelemahan- kelemahan kemahiran mengajar yang timbul
1.4.3. Mendiagnosis punca kelemahan- kelemahan itu.
1.4.4. Menggunakan cadangan yang boleh membaiki kelemahan – kelemahan tersebut.
1.5. Selepas sesi pengajaran mikro, perbincangan harus diadakan di antara
penyelia dan guru pelatih yang terlibat dengan menggunakan rakaman video dan borang bimbingan.
1.6. Perbincangan ini harus ditumpukan kepada kelemahan- kelemahan kemahiran mengajar yang telah dikenal pasti serta cadangan – cadangan untuk membaiki kelemahan mengajar yang berkenaan.
1.7. Guru pelatih yang terlibat dalam latihan pengajaran mikro juga boleh menilai keberkesanan latihan mengajarnya sendiri dengan merujuk kepada rakaman video atau berbincang bersama- sama dengan rakan yang memainkan peranan sebagai penyelia.
No comments:
Post a Comment