Friday, February 4, 2011

Pengajaran Semula

1.0 OBJEKTIF

Di akhir pengajaran, pelajar dapat mempelajari dan memahami :

1.1 Format pengajaran.

1.2 Contoh Format Persedian mengajar semula


2.0 PENGAJARAN SEMULA

2.1 Pengajaran semula hanya dilakukan apabila prestasi guru pelatih dalam

latihan pengajaran mikro kurang memuaskan dan gagal menguasai kemahiran pengajaran yang berkenan.

2.2 Dalam peringkat pengajaran semula, guru pelatih tersebut harus membuat

rancangan semula berdasarkan cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam sesi perbincangan.

2.3 Selepas itu, guru pelatih akan mencuba semula kemahiran mengajar dengan

sekumpulan guru pelatih yang baru. Prosedur menilai juga terus diadakan untuk memastikan guru pelatih tersebut benar-benar menguasai kemahiran pengajaran yang diharapkan.

2.4 Guru pelatih boleh mencuba latihan kemahiran pengajaran beberapa kali

sehingga dia berjaya menguasai kemahiran pengajaran itu pada peringkat yang memuaskan.


3.0 FORMAT PENGAJARAN MIKRO.

2.1 Ia serupa dengan format persediaan mengajar, kecuali langkah

pengajaran mikro menumpukan kepada satu kemahiran mengajar sahaja.

2.2 Justeru itu, hanya satu jenis kemahiran mengajar yang perlu

dirancangkan sebagai langkah mengajar untuk aktiviti pengajaran mikro.

2.3 Ini bermakna, di dalam sesi pengajaran mikro, guru pelatih tidak perlu

merancang dan melaksanakan semua aktiviti pengajaran-pengajaran seperti yang ditunjukkan di dalam format berikut :-

4.0 CONTOH FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR.

Kelas : Kesepaduan :

Bilangan Murid : Penerapan Nilai :

Mata Pelajaran : Penyebatian Kemahiran Berfikir :

Tajuk : Objektif :

Tarikh : 1.

Masa : 2.

Pengetahuan Sedia Ada : 3.

Bahan Bantu Mengajar : Kemahiran :

5.0 SOALAN PERBINCANGAN.

5.1 Berdasarkan sesi pengajaran mikro di maktab perguruan, huraikan proses pengajaran mikro yang lengkap?

5.2 Apakah tujuan-tujuan latihan pengajaran mikro di maktab perguruan?

5.3 Bincangkan persamaan dan perbezaan bentuk dan kandungan di antara format persediaan pengajaran mikro di maktab dengan format persediaan mengajar di sekolah?

5.4 Huraikan peranan-peranan dalam sesi pengajaran mikro berikut :

a. guru pelatih sebagai pengajar

b. guru pelatih sebagai murid

c. guru pelatih sebagai penyelia

5.5 Huraikan dengan memberi contoh yangs sesuai, empat cara yang boleh membawa keberkesanan set induksi dalam permulaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

5.6 Huraikan maksud kaedah socrates

5.7 Apakah tujuan penggunaan kaedah Socrates dalam aktivti pengajaran dan

pembelajaran?

5.8 Berdasarkan format persediaan pengajaran mikro, rancangkan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dengan kemahiran penggunaan kaedah Socrates dalam sesi pengajaran mikro.

No comments:

Post a Comment