Friday, February 4, 2011

Kemahiran Penyoalan

KEMAHIRAN PENYOALAN

1.0. OBJEKTIF.

Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami :

1.1. Prinsip panduan penggunaan kemahiran penyoalan.

1.2. Objektif penyoalan.

1.3. Kesan kemahiran penyoalan ke atas pengajaran- pembelajaran.

1.4. Komponan kemahiran penyoalan.

1.5. Cara pengendalian pengajaran mikro.

2.0. KEMAHIRAN PENYOALAN.

2.1. Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam pengajaran guru.

2.2. Hampir semua proses p & p melibatkan penggunaan teknik menyoal.

2.3. Dalam set induksi kemahiran penyoalan digunakan untuk membantu pelajar

mengingat kembali pengetahuan lepas.

2.4. Dalam peringkat perkembangan kemahiran penyoalan adalah untuk

mencungkil fikiran pelajar.

2.5. Di peringkat penutup, kemahiran penyoalan digunakan untuk menilai

pencapaian objektif pelajaran.

2.6. Kaedah socrates adalah satu kaedah yang menggunakan satu siri soalan untuk membimbing pelajar menemui sesuatu kesimpulan.

3.0. PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENYOALAN.

Untuk menggunakan kemahiran penyoalan dengan berkesan dalam aktiviti pengajaran, guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut:

3.1. Pembentukan soalan.

· Aras soalan hendaklah sesuai mengikut umur, kebolehan dan pengalaman pelajar. contohnya aras rendah seperti pengetahuan dan pemahaman bagi kanak-kanak prasekolah.

· Guru haruslah merancang jenis-jenis soalan yang berkaitan sebelum aktiviti pengajaran dimulakan.contohnya soalan betul salah, isi tepat kosong. Padankan bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah.

· Perkataan dan istilah yang digunakan haruslah mudah difahami oleh kanak-kanak. Sesuai dengan peringkat umur contohnya istilah yang tidak sesuai digunakan seperti rumuskan, tafsirkan, buat hipotesis dan sebagainya.

· Bentuk soalan hendaklah diubah dari masa ke semasa untuk menarik minat pelajar. Contohnya siapa, kenapa, bila, apa dan lain-lain lagi.

· Bentuk soalan yang mendorong pelajar berfikir. elakkan soalan yang mengandungi jawapan sendiri seperti

“bumi kita berbentuk sfera yang besar, betulkah?”

· Bentuk soalan haruslah ringkas, tepat dan jelas.

3.2. Teknik mengemukakan soalan

· Untuk menggalakkan setiap pelajar memikirkan jawapan ,guru haruslah mengemukakan soalan terlebih dahulu, berhenti sekejap untuk memberi masa mereka berfikir, kemudian menyebut namanya supaya menjawab.

· Tujukan soalan kepada seluruh klas dan bukan kepada pelajar cerdas sahaja. Elakkan memberi soalan mengikut susunan tempat duduk pelajar dalam kelas.

· Untuk memastikan semua pelajar mengambil perhatian terhadap jawapan yang diberi oleh seorang pelajar , guru boleh memanggil seorang pelajar lain

· Mengulang jawapan pelajar itu.

· Untuk menarik perhatian pelajar guru hanya menyebut soalan sekali sahaja dengan syarat sebutan guru cukup lantang dan jelas didengar oleh semua pelajar. Pastikan juga semua pelajar telah bersedia mendengar soalan guru


3.3. Penerimaan Jawapan Pelajar.

· Pujian hendaklah diberikan kepada pelajar yang telah memberi jawapan yang betul untuk menggalakkan pelajar berusaha memberi jawapan dengan baik.

· Elakkan amalan mengulangi jawapan pelajar. Ini akan menggalakkan pelajar lain tidak memperdulikan jawapan yang diberi oleh pelajar.

· Jika jawapan yang diberi adalah baik dan penting, minta pelajar lain mengulangi jawapan itu.

· Jika jawapan kurang lengkap, minta pelajar lain melengkapkannya atau guru boleh memberi maklumat kepada jawapannya.

· Jika pelajar tidak boleh menjawab,guru boleh mengubah aras soalan ke peringkat yang lebih rendah atau memberi petua-petua yang berkaitan.

· Guru hendaklah melarang pelajar memberi jawapan secara beramai-ramai. Memberi jawapan secara beramai-ramai bukanlah tujuan menyoal.

· Elakkan diri daripada mengejek pelajar yang memberi jawapan salah atau jawapan bersifat bodoh. Ini untuk mendorong pelajar supaya sentiasa berusaha dan cuba menjawab soalan guru.


4.0. OBJEKTIF OBJEKTIF PENYOALAN.

4.1. Menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar. Penilaian terhadap P&P pada

hari tersebut dan juga untuk mendapatkan pengalaman sedia ada mereka.

4.2. Merangsang dan mencungkil fikiran pelajar. Mewujudkan intraksi dua hala

dan menggalakkan mereka terlibat secara langsung dalam P&P.

4.3. Membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri- penemuan untuk

membuat kesimpulan atau menyelesaikan sesuatu masalah kompleks. Guru

sebagai pembimbing bukan memberi jawapan.

4.4. Menarik perhatian pelajar supaya menumpukan perhatian kepada aktiviti

pengajaran guru atau kepada sesuatu penegasan. Kerana mereka akan

ditanya selepas sesuatu aktiviti.

4.5. Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran.

Guru akan dapat membuat refleksi terhadap proses P&P pada hari itu.

4.6. Membantu kanak-kanak untuk lebih fokus memahami pelajaran dan

bersedia untuk setiap latihan yang akan diberikan.

4.7. Menjalin hubungan baik di antara guru dengan pelajar melalu aktiviti soal

jawab. Kanak-kanak tidak akan mengganggap guru sebagai orang asing.

4.8. Membantu pelajar mengukuhkan konsep dan kefahaman yang baru

dipelajari pada peringkat akhir pelajaran.

4.9. Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar dengan mengemukakan

soalan yang mencabar. Mengembangkan perkembangan kognitif mereka.

4.10. Mengembangkan daya pemikiran pelajar melalui satu siri soalan terancang.

4.11. Melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

4.12. Memberi contoh serta menggalakkan pelajar supaya berani menyoal apabila

mereka ada keraguan atau kurang faham.


5.0. KESAN KEMAHIRAN PENYOALAN KE ATAS PENGAJARAN –

PEMBELAJARAN

5.1. Melalui aktiviti soal jawab, pelajar- pelajar akan melibatkan diri secara aktif

dalam aktiviti pembelajaran mereka.

5.2. Minat pelajar terhadap pelajaran akan bertambah dan mendorong mereka

memberi perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Kesannya ialah pelajar dapat belajar sesuatu dengan lebih menyeluruh dan berkesan.

5.3. Daya pemikiran pelajar dapat dikembangkan kepada tahap yang lebih tinggi.

5.4. Dengan soalan menguji pengetahuan lepas pelajar, guru boleh merancang

aktiviti pengajaran yang sesuai berdasarkan jawapan pelajar. Kesannya ialah pelajar dapat mengikuti pelajaran dengan lebih bermakna dan mudah difahami.

5.5. Soalan digunakan sebagai aktiviti penilaian akan membolehkan guru

mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kesannya ialah membolehkan guru merancang aktiviti pengayaan, pemulihan atau aktiviti pengajaran yang selanjutnya dengan lebih berkesan.

5.6. Melalui aktiviti soal jawab, perhubungan guru dan pelajar dapat dijalin dengan

baik. Pelajar akan menyukai pengajaran guru dan tidak merasa segan atau malu untuk bertanya kepada guru apabila mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran.

5.7. Menggunakan soalan- soalan untuk menolong pelajar mengulang kaji pelajaran

akan menambah prestasi mereka dalam peperiksaan.

5.8. Penyoalan dapat membantu pelajar mengukuhkan konsep- konsep yang baru

yang dipelajari.

6.0. KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENYOALAN.

6.1. Kemahiran penyoalan mempunyai lapan jenis komponen Kemahiran, iaitu:

· pembentuk soalan ,

· fokus (tunggal),

· fokus (pelbagai)

· sebaran,

· hentian,

· melayani jawapan,

· memberi petunjuk dan

· mencungkil fikiran.

7.0. PENYOALAN MENCUNGKIL FIKIRAN.

7.1. Kemahiran ini digunakan untuk mencungkil fikiran pelajar sehingga mereka

memberi satu jawapan yang tepat dan sempurna. Tujuan menggunakan

kemahiran ini ialah untuk menolong pelajar- pelajar berfikir secara mendalam

supaya memahami sesuatu fakta, konsep, hukum atau dengan lebih jelas lagi.

7.2. Kemahiran mengunakan soalan untuk mencungkil fikiran pelajar boleh

dijalankan dengan menyediakan beberapa soalan yang berkenaan serta

berkaitan, kemudian mengemukakan soalan- soalan itu mengikut susunan

yang sesuai.

7.3. Misalnya, untuk menolong pelajar memahami Konsep pecahan tak wajar

dengan tepat dan lengkap, guru boleh mengemukakan beberapa soalan seperti

yang berikut untuk mencungkil fikiran pelajarnya :

Guru : Apa dia pecahan tak wajar?

Pelajar : Pecahan tak wajar adalah pecahan yang empunya

pengangka yang lebih besar daripada penyebutnya.

Guru : Sila berikan beberapa contoh pecahan tak wajar.

Pelajar : 4 , 5 , 14 , a , a>b.

3 2 9 b

Guru : Bagaimana 4 , 8 , 11, a ?

4 8 11 a

Pelajar : Itu juga disebut pecahan tak wajar

Guru : Jadi, apa dia pecahan tak wajar ?

Pelajar : Pecahan tak wajar ialah pecahan yang mempunyai

pengangka yang sama atau lebih besar daripada penyebutnya.

8.0. ARAS- ARAS PENYOALAN.

8.1. Selain teknik menyoal, kemahiran mempelbagaikan jenis soalan mengikut aras- arasnya juga boleh dikuasai melalui pengajaran mikro

Aras kemahiran soalan boleh dikelaskan kepada enam peringkat seperti yang dinyatakan oleh Bloom dalam bukunya ‘ taxonomy of education objectives’ . Peringkat- peringkat itu ialah :

1. Pengetahuan 2. Kefahaman

3. Aplikasi 4. Analisis

5. Sintesis 6. Penilaian


8.2. CONTOH- CONTOH SOALAN MENGIKUT TAKSONOMI BLOOM

8.2.1. PENGETAHUAN

· Peringkat ini menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas, istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari. Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, terangkan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.

· Contoh :

a) Beri definisi ‘tingkah laku responden’

b) Senaraikan 3 langkah mengajar pelajar yang membaca

c) Siapakah mencipta lampu elektrik yang pertama?

· Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan seperti berikut:

a) Siapakah nama kawan baik awak?

b) Apakah pekerjaan bapa awak?

c) Di manakah letaknya rumah awak?

d) Apakah nama hari selepas hari ahad?

8.2.2. KEFAHAMAN

· Peringkat ini menguji kebolehan cara menterjemah, memahami dan menginterprestasikan fakta asa, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari. Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah : terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan,jelaskan, mengapa dan sebagainya.

· Contoh :

(a) Mengapa 3 x 8 = 24?

(b) Terangkan dengan perkataan anda sendiri tentang taksonomi bloom

(c) Huraikan maksud ‘pancaindera’.

· Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan seperti berikut:

a) Mengapa kita potong kuku?

b) Mengapakah burung boleh terbang?

c) Tuliskan huruf A hingga Z menggunakan huruf besar.

8.2.3. APLIKASI

· Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang biasanya digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan, dan sebagainya.

· Contoh :

(a) Bagaimana kita mengajar pelajar supaya mereka boleh membuat ayat dengan menggunakan perkataan

‘ berdikari ‘?

(b) Kirakan luas segitiga bersudut tegak yang mempunyai panjang sisi 3 cm, 4 cm, 5 cm.

(c) Dengan menggunakan kaedah inkuiri – penemuan, terangkan bagaimana anda membimbing pelajar- pelajar anda memahami ciri- ciri tanah.

· Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan seperti berikut:

a) Bagaimanakah untuk menukarkan air yang berwarna putih menjadi merah?

b) Selesaikan hasil tambah 2 biji guli yang sedia ada dengan 3 biji guli yang diberikan oleh bapa.

c) Carikan 3 perbezaan daripada gambar 1 dengan gambar 2.

8.2.4 PERINGKAT ANALISIS

· Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor- faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan. Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan peringkat ini ialah bandingkan, bezakan, menganalisiskan, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, dan sebagainya.

· Contoh :

(a) Bezakan maksud ‘ bersama dengan ‘bersama- sama’

(b) Yang manakah ujian yang lebih sesuai digunakan dalam penilaian kemajuan : ‘ujian objektif atau ujian subjektif ? Mengapa?

(c) Bandingkan kelebihan bekerja di bandar dengan luar bandar

· Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanak-kanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru prasekolah boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti:

a) Bandingkan dari segi saiz kaki gajah dengan kaki tikus.

b) Bezakan malam dengan siang. Warnakan suasana siang sahaja.

c) Bezakan daun dengan bunga. Warnakan bunga sahaja.

8.2.5 PERINGKAT SINTESIS

· Peringkat sintesis ini menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsirkan dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi. Perkataan yang biasanya digunakan dalam peringkat sintesis ini alah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan, dan sebagainya.

· Contoh

a) Gubahkan satu puisi bertajuk ’Nelayan,.

b) Dengan menggunakan kaedah induksi, rumuskan hukum tukar tertib bagi operasi darab.

c) Bincangkan unsur-unsur kebudayaan yang boleh dipertimbangkan untuk mengintegrasikannya dalam Falsafah Pendidikan Negara.

· Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanak-kanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru prasekolah boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti:

a) Dengan menggabungkan 2 jenis warna merah dan putih, warnakan diatas kertas dan lihat hasil warna yang baru. Namakan warna tersebut.

b) Bincangkan warna-warna yang boleh digunakan untuk menghasilkan warna kuning.

c) Bentukkan bentuk rumah dengan menggunakan blok-blok yang diberikan.


8.2.6 PERINGKAT PENILAIAN

· Peringkat ini adalah peringkat yang tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan pelajar membuktikan , mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu kenyataan, ciptaan , karya, prinsip, teori dan sebagainya.

· Contoh :

(a) Kritikan puisi ‘nelayan’ yang ditulis oleh Usman Awang

(b) Buktikan a2 =b2 + c2 dalam sebuah segitiga bersudut tegak dimana a ialah panjang sisi hipotenuse, b dan c ialah panjang sisi yang lain.

(c) ‘pendidikan kemajuan asas negara ‘ nilaikan

· Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanak-kanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru prasekolah boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti:

a) Beri pendapat awak tentang apa yang dilakonkan oleh guru tadi.

b) Beri pendapat awak tentang lukisan yang dilukis oleh kawan awak ini.

c) Beri pendapat awak tentang pakaian yang dipakai oleh guru pada hari ini.

8.3. Di dalam aktivti pengajaran mikro, aras- aras kemahiran penyoalan biasanaya

digunakan sampai ke peringkat analisi sahaja. Peringkat sintesis dan penilaian tidak sesuai digunakan bagi pelajar yang memberi jawapan secara lisan, memandangkan, kebanyakan soalannya berbentuk divergen, kecuali untuk kemahiran membincang.

8.4. Lazimnya penyoalan konvergen, iaitu fokus soalan yang menumpukan kepada

satu idea, digunakan bersama- sama dengan aras- aras kemahiran penyoalan. Misalnya, dari segi kemahiran menggunakan soalan konvergen untuk pengajaran matematik, guru dapat menggunakan beragai-bagai jenis soalan untuk menguji pengetahuan, kefahaman penggunaan serta kemahiran menganalisis yang diperolehi oleh pelajar tentang penguasaan matematik mengikut Taksonomi Bloom. Contoh- contoh soalan konvergen mengikut peringkat- peringkat yang disebutkan adalah diberikan seperti berikut :


8.5 Peringkat pengetahuan

(a) Sebutkan rumus luas sfera

(b) Apakah maksud ‘senti’ dalam sentimeter?

Ø Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan konvergen seperti berikut:

a) Tuliskan simbol hasil tambah.

b) Tuliskan simbol hasil tolak.

8.6. Peringkat kefahaman

(a) Terangkan maksud 3 x 5 = 15

(b) Apakah hukum tukar tertib bagi operasi 2 = 8?

Ø Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan konvergen seperti berikut:

a) Apakah hasil tambah akan menjadikan jumlah semakin bertambah atau berkurang.

b) Apakah hasil tolak akan menjadikan jumlah semakin bertambah atau berkurang.

8.7. Peringkat penggunaan

(a) Gunakan hukum sekutuan untuk mendapatkan jawapan bagi operasi 213 + 75 + 25 denagn lebih cepat

(b) Kirakan perimeter sebuah segiempat sama sisi apabila luasnya ialah 16cm2.

Ø Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan konvergen seperti berikut:

a) Dengan menggunakan hasil tambah, jumlahkan 2 guli dengan 3 guli supaya akan menjadikan jumlah guli semakin banyak?

b) Berapakah guli yang diperlukan untuk ditambah dengan 2 supaya jawapannya menjadi 8?

8.8. Peringkat analisis.

(a) Apakah perbezaan di antara segitiga sama sisi dan segitiga sama kaki?

(b) Apakah ciri- ciri persamaan yang didapati di antara prisma dengan kubus?

Ø Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan konvergen seperti berikut:

a) Apakah perbezaan dari segi jumlah kaki di antara 4 kaki gajah dengan 2 kaki manusia?

b) Apakah persamaan dari segi jumlah diantara kaki gajah dan kaki harimau?

9.0. CARA PENGENDALIAN MIKRO

9.1 Semasa merancang aktiviti pengajaran mikro berasakan kepada kemahiran

penyoalan, guru pelatih hendaklah menyediakan berbagai- bagai jenis soalan seperti konvergen dan soalan divergen mengikut beberapa aras kemahiran penyoalan yang boleh mencungkil fikiran pelajar.

9.2. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran mikro, guru pelatih yang terlibat

harus cuba menggunakan teknik menyoal mengikut prinsip- prinsip panduan dan merujuk kepada komponen- komponen kemahiran penyoalan yang disarankan dalam rajah 6.2.

9.3 Pensyarah dan guru- guru pelatih yang dipilih unuk menilai boleh menggunakan borang bimbingan kemahiran penyoalan berikut. (untuk memudahkan kerja menilai, seorang dipilih menilai teknik menyoal, dan seorang yang lain menilai aras- aras kemahiran penyoalan). Lihat rajah10.0 dibawah:

10.0. BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PENYOALAN.

Komponen kemahiran (teknik menyoal)

Nombor soalan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

Pembentukan soalan :

Jelas ringkasn tepat

Fokus kepada setiap satu idea

Fokus lebih daripada satu idea

Sebaran ke seluruh kelas

Hentian yang sepatut

Melayan jawapan dengan baik

Memberi petunjuk atau petua

Mencungkil fikiran

Aras- aras kemahiran

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

Pengetahuan

Kefahaman

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian

Tandakan ( / ) pada ruang yang berkaitan denagn ciri- ciri yang dapat dilihat bagi tiap- tiap soalan yang dikemukakan dalam sesi pengajaran mikro.


1 comment: