SET INDUKSI
Set induksi adalah sebahagian permulaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk membina aliran fikiran pelajar serta menarik minat mereka untuk lebih memberi tumpuan dan fokus kepada pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan. Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai untuk menyampaikan set induksi atau pemulaan pengajaran dan pembelajaran seperti teknik penyoalan, alat bantu mengajar, bercerita, motivasi, dan sebagainya. Masa yang diperuntukkan untuk set induksi adalah singkat, biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu.
TUJUAN
• Dapat menarik perhatian murid. Naluri kanak-kanak ingin mengetahui apa yang kita cuba tunjulkan.
• Murid mudah memahami kerana maklumat awal yang berkaitan dengan pelajaran telah diajar. Ini berdasarkan pengalaman sedia ada pada mereka. Contohnya pernah melihatnya dirumah, televisyen dan sebagainya.
• Cuba melibatkan murid dan menambahkan minat untuk mengetahui / mempelajari pelajaran tersebut.
• Menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi.
BILA SET INDUKSI DIGUNAKAN?
• Memulakan setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang baru.
• Mengenalkan sesuatu konsep kepada murid-murid.
• Memulakan aktiviti untuk memperoleh kemahiran kanak-kanak.
• Memulakan sesi soal jawab. Menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi.
• Mengubah cara penyampaian jika murid kurang/tidak faham.
• Memulakan kerja amali.
BAGAIMANAKAH CARANYA?
• Guru bercerita.
• Aktiviti yang menarik seperti nyanyian,lakonan dan simulasi.
• Menggunakan alat bantu mengajar.
• Bersoal jawab pengalaman harian murid atau murid bercerita.
• Menggunakan teknik memeranjatkan seperti menjatuhkan sesuatu atau mengeluarkan bunyi ganjil.
• Menggunakan isu-isu yang mencabar murid seperti “purdah perlu ditegah disekolah”
• Tunjuk cara contoh mengajar satu proses baru dalam matematik.
Guru digalakkan untuk mengamalkan strategi berikut:-
· Segera mulakan pengajaran agar murid tidak ternanti-nanti sedangkan mereka dah bersedia. Ini perlu agar fokus murid tidak akan beralih kepada aktiviti lain. Contohnya mereka akan bersedia untuk pembelajaran setelah berhenti dari aktiviti bermain secara bebas.
· Bertanya apa dalam kotak atau poket doraemon.· Bahasa- tertib dan sesuai dengan keadaan setempat. Mudah difahami.
· Memberikan bimbingan kepada murid secara beransur-ansur hingga mereka boleh berdikari. Guru sebagai pembimbing terutamanya dalam aktiviti berkumpulan agar mereka dapat mengembangkan lagi perkembangan kognitif mereka.
· Pusatkan perhatian secara lisan atau bukan lisan.
· Pelbagai interaksi : guru-murid, guru-kumpulan. Supaya tidak terjadi interaksi satu hala sahaja. Interaksi yang sihat adalah dua hala dimana kaedah ini akan menggalakkan kanak-kanak berinteraksi.
· Ada kan hentian sebentar untuk murid berfikir selepas penerangan. Tidak
membebankan pelajar agar mereka lebih berminat dan tidak tertekan.
· Pelbagaikan pengalaman –deria seperti mendengar,melihat & merasa secara praktikal dimana kanak-kanak akan dapat menerima pengalaman tersebut secara berpanjangan. Contohnya merasa garam untuk mengetahui rasa masin yang sebenarnya.
STRATEGI PENGAJARAN
Strategi pengajaran perlu dirancang terlebih dahulu berdasarkan kompenen-kompenen kemahiran set induksi, khususnya kompenen-kompenen yang menarik perhatian dan mewujudkan motivasi pelajar untuk belajar. Alat bantu mengajar harus disediakan dengan tujuan untuk menambahkan kesan set induksi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
PEMILIHAN ALAT BANTU MENGAJAR
Sekiranya bahan bantu mengajar digunakan dengan baik ia akan dapat membantu menambahkan lagi keberkesanan pengajaran guru dalam bilik darjah. Penggunaan ABM boleh mempercepatkan lagi proses p&p.
• Pertimbangkan alat-alat yang sesuai dengan jumlah murid. Contohnya komputer,LCD, ”Mahjong paper”. Model dan lain-lain lagi.
• Pilih alat yang sesuai dengan umur murid. Sekiranya menggunakan gambar,guru digalakkan untuk menggunakan gambar 3D supaya mereka mudah untuk faham. Gambar tayang bergerak juga sesuai digunakan.
• Sesuai dan berkaitan dengan isi pelajaran. Untuk memberi gambaran yang sebenar tentang pelajaran yang hendak diajar. Guru boleh menggunakan model sebenar. Contohnya buah-buahan yang sebenar seperti pisang dan sebagainya.
• Sesuai dengan objektif. Contohnya diakhir pembelajaran kanak-kanak dapat mengenal buah-buahan tempatan.
• Sesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah atau ada sumber elektrik, plug dan sebagainya. Untuk ini guru boleh menggunakan komputer, LCD dan juga projektor.
• Penggunaan tidak begitu rumit sehingga menggangu kelancaran penyampaian pelajaran. Guru perlu bersedia untuk back up plan sekiranya berlaku masalah seperti teknikal dan sebagainya.
• Paling berkesan atau cepat memberi kesan ke atas pembelajaran murid. Kanak mendapat terus pengalaman sebenarnya. Contoh dengan menyediakan bahan sebenar kanak-kanak boleh merasai sendiri pengalaman tersebut. Contohnya warna buah, rasa, bau dan sebagainya.
• Menarik,jelas gambarannya dan mudah difahami.warna tidak terlalu garang atau gelap. Sekiranya menggunakan slaid pastikan huruf yang digunakan jelas dan besar, sesuai dengan jarak kedudukkan kanak-kanak dengan slaid. Warna huruf dan latar belakang pula mestilah kontras. contohnya putih-hitam, biru-putih dan latarbelakang slaid pula tidak mengganggu tulisan.
• Tidak memerlukan kos yang tinggi seeloknya mudah dibuat sendiri dengan menggunakan sumber-sumber yang mudah diperolehi. Contohnya gambar dari internet.
• Yang terdapat disekeliling dan murah pula harganya.
KESIMPULANNYA
Untuk menjalankan sesustu sesi pengajaran mikro, guru pelatih yang terlibat boleh memilih salah satu daripada kemahiran-kamahiran mengajar tersebut di atas dan merancang satu persedian mengajar berdasarkan prinsip objektif dan kompenen-kompenen kemahirannya berdasarkan kesesuaian masa bagi sesuatu kemahiran. Guru menggunakan pelbagai pengukuhan lisan (memuji,menggalak) dan bukan lisan untuk
menggalakkan penglibatan murid dalam pelajaran.
SOALAN-SOALAN KEFAHAMAN
1 Di antara kepentingan set induksi dalam pengajaran dan pembelajaran
A. Supaya pelajar cepat membaca
B. Kerja rumah dapat dibuat dengan mudah
C. Menarik perhatian pelajar kepada apa yang hendak diajar
D. Tugasan amali dapat dibuat dengan baik.
2 Pemilihan Alat Bantu Mengajar dalam P& P sangat penting. Bincangkan.
No comments:
Post a Comment