Thursday, January 6, 2011

Sastera Kanak-Kanak (Bulan selamatkan Bintang)

Di angkasa lepas. Bulan dan bintang berkawan baik. Mereka selalu bermain bersama. Mereka sering menyanyi semasa bermain. “oh bintang-oh bintang dimana bulan? Di atas- di atas tinggi di awan. Oh bulan-oh bulan macamana bintang? Bersinar, berkelip itulah bintang.”

Pada suatu hari. Bulan mengadu dia sakit. Badannya panas. Bintang membawa bulan ke hospital. Bintang sangat susah hati. Rupa-rupanya bulan demam. Doktor memberi ubat. Bulan demam selama dua hari. Bintang selalu datang melihat bulan. Bintang tolong suapkan bulan makan.

Hari berikutnya bulan sudah sembuh. Bintang sangat gembira. Bulan mengucapkan terima kasih kepada bintang. Bulan berkata kepada bintang “wahai bintang, engkaulah sahabat baikku”. Bintang berasa lebih gembira kerana dihargai. Mereka keluar bermain bersama sambil menyanyi.

Pada suatu malam, bulan bermimpi. Didalam mimpinya, dia melihat matahari sedang memukul bintang. Bintang dipukul teruk. Tubuh bintang bengkak. Bintang tidak melawan, dia hanya menangis. Bulan tidak dapat berbuat apa-apa. Dia juga hanya mampu menangis. Matahari meninggalkan bintang sambil berkata “akulah paling kuat”.

Bulan menenangkan bintang sambil berkata “Sabarlah nanti suatu hari kita pasti dapat mengalahkan matahari”. Bintang menjawab “tapi bagaimana? Matahari sangat kuat”. Bulan mencadangkan kepada bintang akan berjumpa matahari untuk beradu kekuatan fikiran. Siapa yang kalah tidak boleh membuli lagi.

Keesokannya bulan pergi berjumpa dengan matahari. Dia mengajak matahari beradu kekuatan fikiran. Matahari bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh bulan. Bumi dijemput sebagai hakim.

Bulan mula membaca buku dan membuat latihan. Mereka berlatih bersama. Bulan kuat berusaha. Mereka berlatih setiap hari. Manakala matahari pula asyik bermain. Hari pertandingan semakin hampir. Semua orang dijemput hadir.

Pada hari pertandingan, bulan dan bintang datang awal. Hakim sudah bersedia tetapi matahari belum lagi tiba. Masa sudah pun tamat. Hakim mengumumkan bulan sebagai pemenang.

Tiba-tiba matahari muncul dengan tercungap-cungap. Dia lewat bangun dari tidur lalu berkata ”bolehkah engkau membenarkan kita bertanding wahai bulan”? Bulan tidak mahu menang percuma. Dia bersetuju.

Memandangkan masa tidak cukup, hakim hanya memberikan satu soalan sahaja. Siapa dapat jawab dialah pemenang. Lalu hakim berpantun:

Budak-budak bermain guli,

Bermain guli di padang bola,

Kalau tuan bijak bestari,

Bulan berapa Malaysia merdeka.

Matahari tidak tahu jawapannya kerana tidak membaca, lantas bulan mengangkat tangan dan menjawap:

Anak manja makan bersuap,

Disuap oleh ibu dan bapa,

Soalan diberi mudah dijawap,

31 Ogos 1957 Malaysia merdeka.

Dengan itu bulan diistiharkan sebagai pemenang dan bebas dari dibuli oleh matahari . Mereka sangat gembira. Tiba-tiba bulan terjaga dari tidur. Rupa-rupanya dia bermimpi.

Moral daripada cerita

1) Tolong menolong antara satu sama lain amatlah digalakkan.

2) Membantu kawan semasa dia susah satu amalan yang mulia.

3) Kita ditegah daripada melakukan buli terhadap orang lain.

4) Tekun dan rajin berusaha akan membuahkan hasil yang cemerlang.

5) Selalu datang awal apabila perlu menghadiri ke sesuatu tempat.

6) Jangan berlagak kepada orang yang lemah.

7) Membaca akan menambahkan ilmu pengetahuan.

No comments:

Post a Comment