Soalan 1
SENARAIKAN LIMA IMPLIKASI PENGETAHUAN TENTANG PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KEPADA GURU KHUSUSNYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Bab 1
1.0 Pendahuluan
Sejajar dengan perkembangan zaman dan masa dimana sistem pendidikan di Malaysia semakin hari semakin mencabar lebih-lebih lagi pada zaman lambakan ilmu ini. Berbagai kemahiran dan pengetahuan telah diperkenalkan bagi memudahkan dan mensistematikkan kaedah pengajaran bagi setiap guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan dengan lancar. Salah satu daripada pengetahuan yang perlu dimiliki oleh guru ialah pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Justeru itu Setiap seorang guru yang berkesan haruslah memahirkan diri mereka dengan pengetahuan tersebut supaya objektif P&P dapat dicapai. Maka daripada pengetahuan tadi akan memberi banyak implikasi bukan sahaja terhadap pelajar malah juga kepada guru-guru. Sesuai dengan tajuk yang akan saya bincangkan pada bahagian pertama ini ialah mengenai implikasi pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kepada guru khususnya dalam P&P. sebelum saya pergi lanjut kepada perbincangan utama, eloklah saya menerangkan sedikit tentang rasional tajuk ini untuk mengikut pemahaman saya.
2.0 Rasional
Rasional bagi tajuk yang pertama ialah dengan memiliki dan memahirkan diri dengan pelbagai ilmu tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak bukan sahaja dapat megembangkan bakat dan potensi pelajar dengan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosi, bahasa, rohani, sosial dan kognitif malah dapat memudahkan kerja-kerja guru dalam menjalankan serta memastikan proses P&P dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat objektifnya.
3.0 Definisi
Maksud pertumbuhan menurut dewan bahasa dan pustaka ialah perihal atau proses tumbuh (tentang manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang); tumbesaran. Oleh itu boleh kita rumuskan pertumbuhan ialah merujuk kepada perubahan fizikal dan struktur badan secara kuantitatif. Ianya akan terhenti atau mengalami sedikit perubahan pada tahap kematangan.
Manakala bagi maksud perkembangan pula mengikut dewan bahasa dan pustaka ialah perihal atau proses berkembang menjadi maju atau tersebar dan membiak. Daripada maksud tadi boleh dirumuskan perkembangan adalah proses perubahan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran secara kualitatif. Ianya berlaku secara berterusan hasil daripada pengalaman dan pembelajaran.
Ciri-ciri Pertumbuhan dan Perkembangan.
- Ciri-ciri Pertumbuhan - Pertumbuhan fizikal terdiri daripada perubahan berat badan, ketinggian, lilitan kepala dan lengan, nisbah badan:kaki, kandungan lemak badan, pertunbuhan gigi dan rangka tulang.
- Berasaskan corak tertentu -Pertumbuhan badan manusia berlaku dalam dua keadaan iaitu dari atas kebawah dan dari tengah ketepi. Contohnya badan manusia akan memanjang kebawah bukannya dari kaki keatas dan akan melebar dari tengah ketepi bukannya dari tepi ketengah.
- Berterusan dan berkuantitatif -Pertumbuhan akan berlaku secara berterusan iaitu dari dalam rahim hinggalah kepada satu tahap yang dipanggil tahap kematangan dimana pertumbuhan akan terhenti dan mengalami sedikit perubahan. Ianya juga boleh diukur contohnya ketinggian, berat badan, pertumbuhan gigi dan sebagainya.
- Dipengaruhi oleh Baka -Baka akan mempengaruhi pertumbuhan dimana anak yang dilahirkan akan mengikut ciri-ciri fizikal ibubapa mereka contohnya warna kulit, rambut, bentuk tubuh dan lain-lain lagi. Selalunya ibubapa mereka berambut kerinting maka anak yang akan lahir juga berambut kerinting dan begitulah sebaliknya.
- Kadar berbeza antara individu dan anggota -Kadar pertumbuhan antara individu tidak sama antara satu sama lain. Ianya berbeza dan bergantung kepada pemakanan, persekitaran, keturunan dan sebagainya. Contohnya ketinggian, berat badan, besar dan lain-lain lagi.
- Bergantung kepada kematangan -Kematangan individu berbeza antara satu sama lain terutamanya dari segi jantina dimana perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Selalunya kanak-kanak perempuan lebih cepat membesar berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Contohnya pada usia 12 tahun kanak-kanak perempuan lebih besar dan matang berbanding dengan kanak-kanak lelaki.
- Berhenti apabila mencapai tahap matang -Pertumbuhan seseorang akan berhenti apabila telah mencapai tahap kematangan dimana pertumbuhan tidak akan berlaku lagi. Tahap kematangan seseorang selalunya berlaku pada usia 60 tahun.
- Bersifat kualitatif -Hanya boleh dilihat daripada perubahan sifat dan ianya tidak boleh diukur. Contohnya perkembangan sosial, sebelumnya kanak-kanak tersebut pendiam dan apabila melalui proses perkembangan sosial maka ia akan berubah sifatnya daripada pendiam kepada bercakap kerana hasil dari pergaulan sosial antara kawan-kawan.
- Bersifat sejagat -Perubahan bersifat sejagat dan aturan semulajadi. Perkembangan antara individu adalah sama Cuma berbeza dari segi masa iaitu cepat dan lambat sahaja. Contohnya perkembangan bahasa, terdapat kanak-kanak normal akan mula bercakap pada usia 4 tahun tetapi tidak lancar dan ada yang boleh bercakap dengan baik pada usia tersebut.
- Perubahan fungsi -Perkembangan akan melibatkan perubahan fungsi iaitu perbezaan antara dahulu dan sekarang. Contohnya daripada tidak pandai kepada pandai, daripada pendiam kepada suka bercakap dan sebagainya.
- Susunan perkembangan -Susunan perkembangan manusia adalah serupa iaitu sama diantara satu sama lain. Contohnya pada peringkat umur tertentu perkembangan bahasa mula berkembang dan ianya mengikut susunan iaitu peringkat umur.
- Baka dan persekitaran -Perkembangan bergantung dan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Sekiranya ibubapa mereka pandai maka anak yang akan lahir juga pandai. Begitu juga dengan persekitaran, sekiranya kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran masyarakat yang suka bergaul maka kanak-kanak tersebut akan berkembang dari segi perkembangan sosial yang baik.
- Secara manyeluruh -Perkembangan akan berlaku secara menyeluruh kepada keadaan tertentu dari segala aspek iaitu perkembangan kognitif, moral, fizikal, bahasa, sosial, dan emosi. Perkembangan tidak berlaku hanya kepada satu aspek sahaja.
- Berterusan -Perkembangan berlaku secara berterusan dan tidak akan berhenti selagi hayat dikandung badan. Proses perkembangan akan berhenti apabila kita mati.
5.0 Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan
Terdapat beberapa perbezaan diantara pertumbuhan dan perkembangan. Berikut adalah perbezaanya mengikut aspek jasmani, mental, social dan emosi. Sila rujuk jadual 1 di bawah.
Jadual 1 ( perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan )
Aspek | Proses Pertumbuhan ( perubahan Kuantitatif ) | Proses Perkembangan ( perubahan kualitatif ) |
Jasmani | Tinggi, saiz, berat dan bilangan gigi bertambah. | Bertambah kemahiran menggunakan anggota seperti mengangkat, berjalan, berlari dan melompat. |
Mental | Berkembangnya keupayaan memikirkan tentang banyak perkara. | Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan bahasa, angka, pemikiran, penaaakulan, pembentukan konsep dan ingatan. |
Sosial | Mula berinteraksi dengan ahli-ahli bukan keluarga seperti jiran, rakan sebaya, dan guru. | Menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya, kepentingan, disiplin, kumpulan serta penyesuaian dengan rakan sebaya. |
Emosi | Tumbuhnya perasaan suka, duka, marah, saying, dan sebagainya | Berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan ketika marah atau cemburu. |
6.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan
Terdapat dua faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia iaitu factor endogen (dalam individu) dan eksogen (luar individu)
- Faktor Endogen -Faktor endogen ialah faktor atau sifat yang dibawa oleh individu bermula dari dalam kandungan hinggalah kepada kelahiran. Ia merupakan faktor keturunan atau faktor pembawaan. Maka individu akan memiliki sifat-sifat ibubapa mereka kerana hasil daripada persenyawaan sperma dan ovum. Diantara faktor-faktor endogen adalah seperti berikut:
- Baka -Dari segi fizikal individu akan mewarisi sifat-sifat fizikal ibubapanya seperti tinggi, bentuk badan, warna kulit, warna mata, warna rambut, sifat semulajadi dan sebagainya. Terdapat kajian mengatakan sebahagian kecacatan mental juga diwarisi contohnya penyakit Tay-Sachs. Selalunya jangkahayat kanak-kanak yang mengidap penyakit tersebut adalah 3 dan 4 tahun kerana kegagalan badan untuk memecahkan lemak. Penyakit-penyakit lain yang juga diwarisi adalah seperti sindrom down, phenylketonuria, dan anemia sel sikel. Selain itu sahsiah juga turut diwarisi contohnya personaliti ekstrovert ( bebas bergaul ) dan personaliti introvert ( pendiam ). Kecerdasan juga dapat diwarisi dari kedua ibubapa.
- Pemakanan ( Ibu ) -Ibu hendaklah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan cukup semasa mengandung bagi keperluan fetus. Kekurangan zat makanan akan melambatkan perkembangan sel otak manakala saiz otak janin akan menjadi kecil.
- Kesihatan ( Ibu ) -Penjagaan kesihatan oleh ibu semasa hamil amatlah penting seperti mengurangkan pengambilan gula dan garam supaya dapat mengelakkan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan preaklamsia. Selain membuat pemeriksaan berkala ibu juga perlu bersenam, tidur yang cukup dan juga mengelakkan memakai pakaian yang ketat serta berkasut tumit tinggi ataupun rendah.
- Dadah dan Alkohol -Untuk mengelakkan anak yang bakal lahir mengalami kecacatan atau berpenyakit seperti terencat akal atau penyakit jarak mata bayi lebar, kepala kecil, jantung, sendi gagal berfungsi, hiperaktif dan sebagainya para ibu yang mengandung hendaklah mengelak daripada pengambilan sebarang jenis dadah ataupun meminum alkohol.
- Merokok -Para ibu hendaklah mengelakkan daripada menghisap rokok kerana ia akan mengakibatkan janin akan mengalami kekurangan oksigen. Dimana pembuluh darah akan mengecut setelah karbon monoksida disedut dan ini akan mengakibatkan kecacatan pada otak serta pengecilan ukuran lilitan kepala.
- Faktor Rh darah -Sekiranya ibu memiliki Rh negatif dan bapa pula Rh positif, maka anak yang akan lahir berdarah Rh positif. Ibu akan menghasilkan antibodi yang berupaya memusnahkan sel darah fetus dan ia tidak akan memberi kesan yang serius pada kehamilan pertama tetapi akan memberi kesan pada kehamilan yang berikutnya. Antibodi yang mencukupi akan memusnahkan sel darah fetus dan seterusnya akan menyebabkan penyakit anemia (kurang darah merah) berlaku.
- Kesan X-Ray -Terdapat kajian mengatakan sinaran laser dan radioaktif akan menyebabkan kecacatan pada fetus dan seterusnya kepada bayi yang dilahirkan.
- Emosi Ibu -Perangsangan hormone adrenalin yang berpunca daripada emosi ibu seperti kebimbangan, marah, dan kecemasan akan menyebabkan darah daripada rahim mengalir ke anggota tubuh yang lain. Keadaan ini akan mengakibatkan kurangnya bekalan oksigen pada janin.
- Umur Ibu -Faktor umur juga mempengaruhi kecacatan pada bayi. Umur yang paling sesuai mengandung ialah diantara 20 hingga 35 tahun. Umur ibu terlalu muda akan mempunyai risiko yang paling tinggi untuk mengalami keguguran, anak tidak cukup umur dan kematian. Manakala umur ibu dan ayah terlalu tua pula juga boleh menyebabkan kecacatan pada bayi seperti sindrom down atau monggoloid kerana abnormal pada kromosom. Keabnormalan pada baka pula akan memgakibatkan anak yang dilahirkan berisiko untuk mengidap penyakit sindrom Turner dan Kleinfelter.
- Teratogenik dan penyakit ibu -Teratogen adalah sejenis bahan yang akan mengakibatkan perubahan dalam kod genetic dan seterusnya akan menyebabkan keabnormalan. Ia merupakan bahan persekitaran yang diwarisi daripada ibubapa seperti radiasi, jangkitan (rubella) dan bahan kimia seperti kortison dan tahlidomida. Agen teratogenik boleh menghentikan penghasilan protein, gangguan kepada perkembangan atau tidak lengkap. Penyakit AIDS juga boleh berpindah dari ibu ke fetus.
2.Faktor Eksogen -Faktor eksogen merupakan faktor yang datan dari luar individu contohnya pengalaman, keluarga, persekitaran dan sekolah. Berikut adalah faktor-faktor eksogen:
- Pemakanan -Mengamalkan diet pemakanan seimbang akan mempengaruhi perkembangan dimana tubuh badan akan dibekalkan dengan zat-zat makanan yang mencukupi seperti protein, karbohidrat, vitamin dan sebagainya. Proses perkembangan akan berlaku dengan baik.
- Tempat tinggal -Persekitaran rumah yang bersih dimana selutuh isi rumah mengamalkan sikap mengutamakan kebersihan dalam pelbagai aspek seperti penyediaan makanan, penggunaan air, dan tandas yang bersih akan melahirkan anak yang memiliki sifat yang bersih serta sihat dari pelbagai penyakit.
- Pusat Ibadat -Kediaman yang berdekatan dengan pusat ibadat seperti masjid juga akan mempengaruhi perkembangan dimana anak yang dilahirkan akan menjadi anak yang baik serta taat kepada suruhan agama.
- Media elektronik dan Sebaran Am -Penggunaan bahan media elektronik dan sebaran am dirumah seperti televisyen, internet, radio, surat khabar dan sebagainya juga akan mempengaruhi perkembangan dimana anak-anak didedahkan dengan berbagai rancangan ataupun program samada berunsur pendidikan, hiburan, pengetahuan am dan sebagainya.
- Persekitaran dunia -Keadaan keamanan dunia juga akan mempengaruhi perkembangan dimana apabila kanak-kanak dibesarkan dalam suasana aman iaitu bebas daripada peperangan, perbalahan, konflik dan sebagainya akan merasa selesa samada darisegi kehidupan, pergaulan dan pembelajaran.
- Rakan sebaya -Pergaulan bebas yang sihat akan mempengaruhi perkembangan sosial, fizikal dan lain-lain lagi. Dimana mereka dapat berinteraksi dan bermain bersama-sama.
- Keluarga -Kelas sosial yang berbeza-beza dimana ada yang berkedudukan, sederhana, dan miskin juga mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dimana bagi keluarga yang kaya dapat menyediakan keperluan yang cukup seperti makanan, pakaian, dan kelengkapan lain untuk anak-anak mereka berbanding keluarga yang susah.
- Sekolah -Proses pembelajaran berlaku dimana bakat dan potensi kanak-kanak akan dikesan dan dikembangkan mengikut kebolehan masing-masing. Perkembangan darisegi jasmani, emosi, rohani, intelektual akan dikembangkan dalam proses P&P.
7.0 Implikasi kepada guru
Hasil daripada pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan akan memberikan berbagai implikasi terhadap guru khususnya dalam P&P. Berikut adalah enam implikasi:
- Guru harus merancang pengalaman pembelajaran yang menggalakkan perkembangan murid secara optimum dan bermakna dalam semua domain. Bagi meningkatkan perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor seorang guru perlu memperbanyakkan aktiviti bermain sambil belajar contohnya permainan melengkapkan “jigsaw puzzle”. Murid-murid perlu berfikir (domain kognitif) untuk mencari persamaan dan menggunakan tangan ( domain psikomotor- halus) untuk memadankan kepingan “jigsaw” keatas papan “jigsaw” serta harus memiliki sifat (domain afektif) yang sabar iaitu dapat menahan marah sekiranya susah untuk memadankannya. Ketiga-tiga domain tadi saling berkait dan oleh itu guru-guru haruslah merancang P&P dengan berkesan terlebih dahulu agar objektifnya akan tercapai
- Guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk memupuk kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang dipupuk kemudiannya. Bagi mengoptimumkan perkembangan berlaku mengikut urutan seorang guru hendaklah membuat aktiviti yang bersesuaian seperti aktiviti menyanyi dimana murid-murid akan meniru gara nyanyian artis yang diminati dan mempersembahkan mengikut korografi yang dipelajari oleh guru. Guru pula akan memperbetulkan kesalahan sekiranya ada sehingga kebolehan untuk menyanyi dan menari mula terbentuk sehingga menjadi bagus. Oleh itu guru hendaklah memastikan murid-murid tadi dapat menguasai kemahiran menyanyi terlebih dahulu barulah boleh beralih kepada tarian dan seterusnya memiliki kebolehan untuk membuat persembahan. Begitu juga dengan rancangan pengajaran, hendaklah dirancang dengan baik dimana guru mestilah mengajar mengikut urutan dari yang senang dahulu sebelum berpindah kepada aktiviti yang lebih susah.
- Guru menerima keadaan murid ini dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan mereka. Kadar perkembangan kanak-kanak yang berbeza menyebabkan ada murid-murid yang cepat belajar dan ada yang lambat. Maka guru haruslah mengasingkan murid-murid tadi supaya yang cepat belajar tidak berasa jemu kerana mempelajari benda yang sama begitu juga dengan murid yang lambat tadi tidak ketinggalan dimana belum lagi mahir guru dah tukar kepada pembelajaran baru. Guru juga perlu kerap mengajar secara individu dan jangan sesekali menolong murid-murid semasa latihan supaya mereka berdikari dan benar-benar mahir walaupun guru tidak dapat memenuhi rancangan pengajaran harian asalkan objektif P&P tercapai. Oleh itu guru hendaklah bijak memilih aktiviti yang sesuai bagi murid-murid tadi contohnya bagi yang cepat belajar biarkan dia dengan aktiviti melukis asalkan tidak mengganggu P&P.
- Guru harus peka akan pengalaman sedia ada murid dan merancang aktiviti yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran mereka. Bagi mengoptimumkan perkembangan adalah berterusan guru hendaklah membuat kajiselidik terlebih dahulu terutamanya latar belakang keluarga melalui borang pendaftaran murid-murid dan juga bertanya kepada murid-murid tentang pengalan mereka semasa proses P&P. Contohnya rasa buah-buahan seperti durian, murid-murid yang pernah memakannya akan dapat bercerita tentang rasa dan bau buah durian disamping itu guru pula haruslah menyediakan buah durian sebenarnya sebagai set induksi. Maka perkembangan pengalaman mereka akan bertambah apabila dapat merasa dengan sendiri begitu juga dengan perkara-perkara yang lain seperti pernah menaiki pesawat, melawat Zoo dan sebagainya.
- Guru harus mempelajari dan memahami sosio budaya yang memberi kesan kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran murid tersebut serta menyediakan aktiviti yang dapat menyuburkan potensi kanak-kanak ini ke peringkat optima. Berbagai cara boleh dilakukan oleh guru termasuklah membuat lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang dapat memberi pemahaman kepada murid-murid semasa proses P&P seperti zoo untuk melihat haiwan tersebut dengan lebih dekat dan langsung. Memberi ganjaran kepada murid-murid yang dapat menyiapkan latihan seperti melukis dengan baik. Ganjaran tersebut tidak semestinya hadiah malah guru boleh menampal lukisan tersebut didinding kelas bagi menggalakkan murid-murid untuk melukis dengan baik dan seterusnya memperkembangkan lagi potensi mereka untuk melukis atau menghantar mereka menyertai pertandingan-pertandingan melukis yang dianjurkan. Memilih alatan permainan yang sesuai serta menempatkan peralatan tadi di suatu sudut yang menarik iaitu sudut bermain serta menyediakan proses P&P yang kondusif bagi menarik minat murid-murid untuk belajar.
- Guru hendaklah memberi peluang murid menjalankan pelbagai aktiviti berasaskan konsep bermain sambil belajar untuk meningkatkan perkembangan ke peringkat yang lebih optimum. Konsep bermain sambil belajar merupakan pendekatan yang sangat berkesan dalam P&P prasekolah. Oleh itu guru hendaklah memperbanyakkan lagi aktiviti bermain seperti memadankan “jigsaw puzzle” dan sebagainya kerana semasa dalam aktiviti bermain murid-murid akan dapat memperkembangkan perkembangan dari segi sosial, emosi, rohani dan kognitif secara langsung. Selain itu mereka dapat meningkatkan perkembangan domain afektif dan juga domain psikomotor. Oleh itu guru harus bersedia dengan merancang dengan teliti seperti hasil pembelajaran, bahan yang sesuai serta dapat menarik minat murid-murid sebelum melaksanakannya.
8.0 Kesimpulan
Sebagai seorang guru yang berkesan hendaklah memiliki dan memahirkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak supaya akan memudahkan kerja mereka untuk memilih dan merancang P&P yang sesuai. Selain itu dapat mengoptimakan perkembangan kanak-kanak serta dapat mengembangkan lagi potensi dan bakat kanak-kanak selaras dengan falsafah pendidikan Negara. Akhirnya dapat memenuhi matlamat pendidikan prasekolah iaitu bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Seterusnya akan melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi perkembangan fizikal, mental, emosi, bahasa dan sosial.
Soalan 2
MENGIKUT TEORI PIAGET PADA PERINGKAT PRA OPERASI KANAK-KANAK SUDAH MULA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA DAN BERUPAYA BERFIKIR DALAM BENTUK SIMBOL. CADANGKAN 5 LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL OLEH GURU UNTUK MEMBANTU PERKEMBANGAN KOGNITIF DI PERINGKAT INI.
Bab 2
1.0 Pendahuluan
Terjadinya proses belajar sebagai upaya untuk memperoleh hasil belajar sesungguhnya sulit untuk diamati karena ia berlaku di dalam mental. Namun demikian, kita dapat mengidentifikasi dari kegiatan yang dilakukannya selama belajar. Sehubungan dengan hal ini, para ahli psikologi cenderung untuk menggunakan pola tingkah laku manusia sebagai suatu model yang menjadi prinsip-prinsip belajar. Contohnya Piaget (sebagai “bapa” psikologi kognitif), memandang bahawa pengetahuan terbentuk melalui proses asimilasi dan akomodasi. Maksudnya, apabila pada seseorang diberikan suatu informasi (persepsi, konsep, dsb), dan informasi itu sesuai dengan struktur kognitif yang telah dimiliki orang tersebut, maka informasi itu terus berintegrasi (berasimilasi) dengan struktur kognitif yang sudah ada dan mendapat pengetahuan baru. Sebaliknya, apabila informasi itu belum ada dengan struktur kognitif yang telah dimiliki orang tersebut, maka struktur kognitif yang sudah ada direstrukturisasi sehingga terjadi penyesuaian (akomodasi) dan baru kemudian memperolehi pengetahuan baru.
2.0 Rasional
Bagi setiap bakal guru, mereka perlu menyesuaikan langkah-langkah yang bijak bagi memperkembangkan lagi perkembangan kognitif dan bahasa bagi setiap kanak-kanak diperingkat awal lagi supaya bakat dan potensi yang ada pada kanak-kanak dapat dikembangkan. Ini akan membentuk kanak-kanak yang akan lahir seimbang dari semua perkembangan bukan sahaja bahasa dan kognitif malah fizikal, emosi dan rohani.
3.0 Konsep Perkembangan Piaget
Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Manakala pembelajaran adalah proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara persekitaranya. Oleh itu pembelajaran kognitif merupakan satu proses yang mana individu menggunakan pengalaman yang sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi
Perkembangan kognitif sebagian besar ditentukan oleh manipulasi dan interaksi aktif anak dengan lingkungan. Pengetahuan datang dari tindakan. Piaget yakin bahwa pengalaman-pengalaman fizik dan manipulasi lingkungan penting bagi terjadinya perubahan perkembangan. Sementara itu bahawa interaksi sosial dengan teman sebaya, khususnya berargumentasi dan berdiskusi membantu memperjelas pemikiran yang pada akhirnya memuat pemikiran itu menjadi lebih logik (Nur, 1998).
Teori perkembangan Piaget mewakili konstruktivisme, yang memandang perkembangan kognitif sebagai suatu proses di mana anak secara aktif membangun sistem makna dan pemahaman realitasi melalui pengalaman-pengalaman dan iteraksi-interaksi mereka
Menurut teori Piaget, setiap individu pada saat tumbuh mulai dari bayi yang baru di lahirkan sampai dewasa mengalami empat tingkat perkembangan kognitif. Empat tingkat perkembangan kognitif itu adalah sensori/deria motor (usia 0 - 2 tahun), Pra operasi (usia 2 – 7 tahun, Operasi kongkrit (usia 7 – 11 tahun) dan Operasi formal (usia 11 tahun hingga dewasa). Sila rujuk jadual 2(Peringkat Perkembangan Kognitif)
Jadual 2 (Peringkat Perkembangan Kognitif)
Umur | Peringkat | Cara berfikir |
0-2 tahun | Deria motor | Gunakan deria motor untuk fahami dunia mereka |
2-7 tahun | Pra operasi | Keupayaan berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah. Tahap pemikiran tidak mengikut logik, mudah diperdaya oleh persepsi lain |
7-11 tahun | Operasi Konkrit | Berfikir secara logik dan konkrit |
12 tahun Ke atas | Operasi Formal | Boleh berfikir secara abstrak dan kesan akibat jangka panjang |
Berdasarkan tingkat perkembangan kognitif Piaget ini, untuk pelajar pada usia 11 tahun dan ke atas berada pada taraf perkembangan operasi formal. Pada usia ini yang perlu dipertimbangkan adalah aspek-aspek perkembangan pelajar. Dimana pelajar mengalami tahap transisi dari penggunaan operasi konkrit ke penerapan operasi formal dalam berfikir. Pelajar mulai menyedari had pemikiran mereka, di mana mereka mulai bergelut dengan konsep-konsep yang ada di luar pengalaman mereka sendiri. Seterusnya pada tahap operasi formal pelajar mula boleh berfikir secara abstrak dan juga kesan-kesan jangka panjang
4.0 Pembahagian Manusia
Mengikut piaget (1977) menggariskan tiga konsep iaitu skema, asimilasi, dan akomodasi yang dapat menjelaskan cara perkembangan mental terjadi
4.1 Skema
Skema merupakan struktur mental di mana individu menyusun maklumat dan pengalaman yang diperolehi hasil daripada interaksi dengan persekitarannya. Struktur mental berubah dan boleh disesuaikan semasa berlakunya perkembangan mental dan pembelajaran. Skema digunakan untuk mengenal pasti, memproses dan menyimpan maklumat yang mengalir masuk malah boleh diertikan sebagai kategori-kategori di mana individu mengelas dan menyimpan maklumat spesifik serta pengalaman. Skema sebagai struktur perkembangan kognitif berubah menerusi proses asimilasi dan akomodasi.
4.2 Asimilasi
Asimilasi merupakan proses kognitif dimana seorang pelajar mengintegrasikan maklumat dan pengalaman baru dengan skema yang sedia ada. Proses ini melibatkan sesuatu organisma makan makanan, hadam makanan itu, dan asimilasi atau tukarkan kepada bahan yang berguna kepada badan manusia. Semasa proses penbelajaran asimilasi berlaku hasil daripada interaksi pengalaman dengan skema yang ada. Skema berkembang dengan bertambahnya pengalamann baru tetapi struktur asasnya tidak berubah. Oleh itu, proses asimilasi cuba menempatkan dan membina konsep-konsep baru dengan bantuan skema yang ada.
4.3 Akomodasi
Akomodasi merupakan proses untuk meminda atau menambah skema yang ada atau menghasilkan skema baru. Skema berubah hasil daripada pengalaman dan kerana itu bidang skema pelajar dewasa lebih luas daripada kanak-kanak. Seorang pelajar akan cuba mengasimilasikan dengan skema yang sedia ada apabila bertemu dengan konsep atau pengalaman baru. Jika proses asimilasi tidak secocok, dua kemungkinan boleh dilakukan iaitu pelajar boleh bina satu skema baru berasaskan rangsangan itu dan skema yang ada boleh dipindah supaya rangsangan baru itu dapat disesuaikan. Kedua-dua proses ini merupakan bentuk akomodasi.
5.0 Langkah-langkah yang boleh diambil oleh Guru
Sebelum memulakan pengajaran setiap guru haruslah membuat persiapan yang lengkap contohnya dengan menggunakan rancangan mengajar yang berkesan iaitu dengan menyusun isi pelajaran mengikut perkembangan kognitif pelajar seperti daripada konkrit kepada abstrak iaitu daripada mudah kepada yang susah. Bagi pembelajaran baru dan kompleks, setiap guru haruslah membimbing pelajar dengan menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitif mereka agar dapat mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang dihadapi oleh mereka. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi instrinsik.
5.1 Bahasa dan cara berfikir kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Ianya bergantung kepada tahap-tahap mengikut faktor kematangan. Oleh itu guru perlu mengajar dengan menggunakan bahasa yang paling sesuai dengan cara berfikir kanak-kanak supaya ianya mudah difahami contohnya semasa menerangkan sesuatu fakta, data ataupun konsep. Dengan menggunakan bahasa yang mudah dan tepat akan mempercepatkan lagi kerja guru dalam menyampaikan sesuatu pengajaran kerana pelajar akan mudah memahami dengan setiap apa yang diajar dan pengajaran guru juga akan menjadi lebih mudah dan cepat.
5.2 Kanak-kanak akan dapat belajar dengan lebih baik apabila dapat menyertai dalam latihan berkumpulan. Guru harus membantu kanak-kanak agar dapat berinteraksi dalam kumpulan dengan cara menggalakkan mereka untuk berkomunikasi dalam menyelesaikan kerja-kerja kumpulan. Konsep bermain sambil belajar juga penting selain dari mereka dapat memperkembangkan perkembangan fizikal malah perkembangan bahasa juga turut terlibat contohnya dalam permainan teka-teki dan sebagainya. Apabila guru memberi gambaran dari segi bunyi ataupun lakonan dan meminta kanak-kanak untuk menjawab. Diakhir P&P kanak-kanak dapat menyebut perkataan yang mudah contohnya nama-nama binatang, kenderaan, buah-buahan dan sebagainya. Apabila mereka mula berbincang sesama sendiri dan masing-masing cuba memberi jawapan. Dengan cara ini kanak-kanak akan berkembang dari segi kognitif dan bahasa kerana pelajar akan mula menggunakan pemikiran dan juga bahasa.
5.3 Alat bantu mengajar (ABM) yang harus dipelajari kanak-kanak hendaknya dirasakan baru tetapi tidak asing. Contohnya penggunaan komputer riba, alat pandang dengar dan lain-lain lagi. Dedahkan kanak-kanak dengan huruf-huruf yang menarik supaya dapat menarik perhatian mereka seperti pemilihan tulisan, warna dan juga gambar. Tulisan hendaklah yang dapat dilihat dengan jelas dan difahami seperti “Times New Roman” manakala saiz huruf pula bergantung pada jarak kanak-kanak dengan skrin tayangan. Bagi penggunaan warna pula hendaklah kontras (huruf dengan latar belakang) seperti hitam putih, merah putih, dan biru putih. Penggunaan gambar 3D dan gambar gerak juga boleh membantu kanak-kanak memahami objek yang cuba diterangkan kerana selain memberi penerangan kanak-kanak akan lebih memahami apabila dapat melihat objek. Oleh itu semasa set induksi lebih baik guru dapat menyediakan objek sebenar contohnya semasa mengajar tentang buah-buahan. Sediakan buah sebenar seperti pisang, betik, tembikai dan sebagainya. Bergantung kepada kesesuaian minggu pengajaran ataupun tema. Selain memudahkan dan mempercepatkan pemahaman pelajar, mereka juga dapat mengembangkan perkembangan kognitif dan juga bahasa.
5.4 Berikan peluang agar kanak-kanak belajar mengikut kesesuaian tahap perkembangan mereka. Tahap perkembangan kanak-kanak berbeza antara satu sama lain, oleh itu sebagai seorang guru kita perlu bijak merancang P&P dan juga mengenal pasti kanak-kanak berdasarkan penilaian yang telah dibuat. Justeru itu asingkan pelajar iaitu bagi pelajar yang lambat perkembangannya akan diajar secara individu supaya mahir dan tidak ketinggalan manakala yang cepat perkembangan pula diberi kerja-kerja yang sesuai dengan minat mereka seperti melukis, mewarna, dan sebagainya supaya mereka tidak jemu dan mengganggu P&P. Guru tidak perlu risau apabila gagal menghabiskan sukatan P&P asalkan kanak-kanak dapat memahirkan diri terlebih dahulu sebelum ke pelajaran baru. Galakkan juga pelajar berfikir seperti memberi soalan yang mudah-mudah bagi memperkembangkan lagi pemikiran mereka.
5.5 Guru juga hendaklah mengajar mengikut urutan iaitu dari mudah ke susah. Rancang P&P yang sesuai mengikut tahap perkembangan dan mahirkan mereka dengan objektif yang mudah dahulu barulah pergi ketahap yang seterusnya. Contohnya mengajar mengenal huruf dahulu barulah mengajar mengeja. Berbagai cara boleh dilakukan untuk kanak-kanak supaya dapat menghafal huruf seperti membuat aktiviti nyanyian semasa proses P&P. galakkan mereka supaya mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dilakukan agar perkembangan dapat berlaku. Selain itu penting bagi guru untuk mengenal pasti latar belakang pelajar bagi membezakan pengalaman mereka. Disamping itu guru juga perlu bertanya kepada mereka tentang pengalaman sedia ada. Dengan cara ini, akan memudahkan guru-guru untuk merancang P&P dan meningkatkan lagi tahap perkembangan kognitif dan bahasa mereka.
6.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan untuk soalan 2, seorang guru perlu menguasai teknik-teknik pengajaran yang berkesan dalam proses P&P supaya perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak dapat diperkembangkan dari peringkat awal lagi iaitu di peringkat pra operasi. Berbagai langkah-langkah boleh digunakan supaya dapat melahirkan kanak-kanak yang berkembang dari segi bahasa dan kognitif. Selain dari dapat mencapai matlamat objektif P&P, ia juga dapat memberi impilkasi kepada guru-guru.
7.0 Refleksi
Kepada setiap bakal guru prasekolah, saya merasakan tajuk ini amat sesuai untuk difahami dan dikuasai supaya dapat digunakan semasa proses P&P kelak. Kesukaran bagi saya untuk memahami soalan ini banyak mempengaruhi kelancaran proses menyiapkan penulisan ini.
Bibliografi
Azalina Abu Bakar@Mohd, Psikologi personaliti Individu, Shah Alam, 2005:Karisma
Bjorklund, D.F, Children's Thinking: Developmental Function and individual differences. 3rd ed. Bellmont, CA. 2000: Wadsworth
Cole, M, et al, The Development of Children, New York. 2005: Worth Publishers.Johnson, M.H, Developmental cognitive neuroscience, 2nd ed. Oxford. 2005: Blacwell publishing
Drs. Khalid B Jonit, Psikologi Perkembangan Awal Kanak-kanak (Nota Kuliah). Fakulti Pendidikan.2009: Universiti Industri Selangor.
Piaget, J, Studies in Reflecting Abstraction. Hove, UK, 2001: Psychology Press
Zulkarnain B Hassan, Pendekatan dan Strategi Pendidikan PraSekolah (Nota Kuliah), Fakulti Pendidikan. 2009: Universiti Industri Selangor.
No comments:
Post a Comment